TMM2024: 4 BUAH KERETA MENANTI PEMENANG BERTUAH BULAN INI

Kota Laksamana – Sebanyak empat buah kereta bakal menanti pemenang dalam kempen Bercuti dan Menang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bagi suku pertama 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, empat pemenang itu diumumkan pada program Cabutan Bertuah Mega, bulan ini.

“Sempena TMM2024, Kerajaan Negeri akan mengumumkan seorang pemenang bertuah untuk memiliki sebuah kereta pada setiap bulan.

“Jadi, pada April, kita akan mengumumkan seramai empat pemenang yang akan memandu pulang empat buah kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ke-100 Tahun Villa Sentosa, Kampung Morten, di sini, hari ini.

Sambutan itu telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Low Chee Leong serta tetamu lain.

Menurut Ab Rauf, sambutan TMM2024 yang memasuki bulan keempat telah menunjukkan perkembangan positif.

Kata beliau, setakat April, seramai 3.7 juta pelancong direkodkan dan menyasarkan peningkatan terus dicapai pada setiap bulan.

“Pelancong Melaka mencatat perkembangan positif dan jumlah ini bukan sahaja dikira dari segi kemasukan pelancong malah ia direkodkan menerusi indikator peningkatan utiliti bil air dan elektrik yang diterima hotel-hotel di negeri ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …