KEKAL SIHAT SELEPAS AIDILFITRI, CAPAI BERAT YANG IDEAL

Kehadiran Syawal sering dijadikan sebagai pesta makanan dan kita pula sedaya upaya memenuhi jemputan rumah terbuka yang pastinya menyajikan beraneka hidangan berat mahupun ringan.

Tidak mustahil ada yang merungut berat badan semakin bertambah selepas raya, apatah lagi bermacam-macam juadah disediakan di rumah terbuka menyebabkan anda terleka dalam menjaga pengambilan makanan.

Berikut adalah panduan untuk anda melakukan perubahan:

  1. Mulakan dengan usaha kecil

Jangan berputus asa sekiranya anda sering rasa terbeban untuk mengubah gaya hidup secara drastik. Mulakan dengan usaha kecil. Sebagai contoh, pilihlah untuk minum air kosong berbanding air manis ketika makan tengah hari atau sepanjang hari.  Usaha kecil yang tidak membebankan seperti ini mampu mengajar kita mengenai perubahan gaya hidup sihat.

 

  1. Buat senarai, fikir secara mendalam

Sebenarnya, menyenaraikan kemahuan dan sebab sama ada baik atau buruk, hanya memerlukan tempoh yang pendek. Jika anda menyatakan ‘tiada masa’ sebagai salah satu sebab, mungkin ini berpunca daripada persepsi bahawa senaman mengambil masa.

 

  1. Pemeriksaan kesihatan dan tahap kolesterol secara berterusan

Periksa tahap kolesterol anda untuk memastikan ia berada dalam julat sihat, terutama selepas musim perayaan ini. Bertindak segera sebelum terlambat untuk melakukan pemeriksaan bermula sekarang.

 

  1. Kekal cergas

Sekiranya anda cepat letih dan badan terasa berat, itu tandanya anda patut bersenam. Keazaman dan konsisten adalah kunci kepada penurunan berat badan dan kecergasan.

Tidak perlu bersenam secara intensif beberapa jam setiap hari yang memerlukan anda mengangkat berat dan aktiviti kardio yang ekstrem sebaliknya berjalan pantas atau berjoging selama 30 minit setiap hari sudah cukup untuk kekal cergas.

 

  1. Kawal pengambilan kalori dan kolesterol

Kurangkan pengambilan kalori dengan mengawal jumlah makanan. Ini termasuk mengurangkan pengambilan gula dan makanan berminyak yang boleh menaikkan berat badan, amalkan teori Suku-Suku-Separuh. Anda juga patut tahu bahawa kolesterol tidak mengenal bentuk tubuh. Anda mungkin nampak atau berasa sihat tetapi mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Kolesterol wujud dalam diet seharian kita.

 

  1. Cabar diri sendiri!

Hidup akan jadi membosankan jika asyik melakukan perkara yang sama. Pelbagaikan aktiviti sihat dengan terbabit dalam acara larian, lumba basikal atau cabaran menurunkan berat badan. Anda akan lebih bersemangat apabila bertemu orang lain yang mempunyai objektif sama. Kejayaan mengatasi dan menamatkan cabaran adalah satu perasaan yang meningkatkan keyakinan diri.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut