BANJIR : 3 PPS DIBUKA DI MELAKA, TEMPATKAN 122 MANGSA

Ayer Keroh 15 April – Seramai 122 mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat berterusan, petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa itu kini ditempatkan di tiga PPS iaitu dua di daerah Alor Gajah dan sebuah di Melaka Tengah.

Katanya, PPS pertama dibuka pada jam 7.53 malam di Dewan Japerun Ayer Keroh manakala dua lagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan Balairaya Bukit Balai di Alor Gajah.

“Susulan daripada hujan lebat itu seramai 34 keluarga dengan jumlah keseluruhan 122 orang mangsa terjejas apabila rumah mereka dinaiki air.

“Dilaporkan 11 kawasan yang terjejas apabila berlaku limpahan air sungai dan parit sehingga menjejaskan kediaman penduduk,” katanya.

Katanya, empat kawasan yang terjejas membabitkan daerah Melaka Tengah iaitu di Taman Melawis di Bukit Beruang, Sungai Putat, Ayer Keroh Height dan Kampung Enam.

“Manakala di Alor Gajah pula membabitkan kawasan Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana, Kampung Bukit Balai dan Taman Murai Jaya.

“Turut terkesan adalah di Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Durian Tunggal,” katanya.

Jelasnya, pemantauan di kawasan terjejas dan sungai berhampiran dilakukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi melihat paras air dari semasa ke semasa.

Sumber : Melaka Hai Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

STRATEGI MENGURUS RISIKO HYDROPLANING

Musim tengkujuh dan hujan lebat di Malaysia secara tidak langsung meningkatkan kebarangkalian insiden kemalangan, dengan hydroplaning (atau aquaplaning) menjadi salah …

BUNGA RAYA: SIMBOL IDENTITI DAN KESATUAN NASIONAL MALAYSIA

Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) bukan sekadar flora yang menghiasi landskap negara, malah ia merupakan entiti penting yang melambangkan kedaulatan dan …

KOMITMEN PENGARAH JPN MELAKA : AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID

Melaka – Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, menandatangani Aku Janji ini sebagai komitmen dan amanah untuk memastikan setiap murid dilindungi, dihormati …