KERAJAAN NEGERI SEDIA BAS PERCUMA BAWA MAHASISWA JOHOR PULANG BERAYA

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100,000 bagi menyediakan lebih 23 bas secara percuma yang memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 mahasiswa anak Johor di perantauan pulang beraya sempena Aidilfitri pada tahun ini.
Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2024 itu membantu penuntut di 11 institusi pendidikan tinggi (IPT) awam seluruh negara pulang dengan selesa dan selamat.
Inisiatif yang mengurangkan beban kos pengangkutan itu menterjemahkan komitmen Kerajaan Negeri pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menjaga kebajikan dan hal ehwal orang muda terutama dalam kalangan mahasiswa.
Telah bermula sejak 29 Mac hingga 6 April 2024, inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), Gabungan Anak Johor dan Persatuan Mahasiswa Anak Johor di IPT terlibat.
Terdahulu, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menyambut kepulangan penuntut dari perantauan yang seterusnya diraikan dalam Majlis Iftar Perdana Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan, hari ini.
Turut hadir, YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor; YBrs. Suhairi Hashim, Pengurus Besar YPJ serta YBrs. Afirul Idris Ayub Khan, Presiden Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan.
Mungkin imej 9 orang, dais dan teks yang berkata 'MDJ TITAL PERSATUAN MAHASISWA JOHOR'
Mungkin imej 12 orang, meja, dais dan teks
Mungkin imej 11 orang, dais dan teks
Mungkin imej 7 orang, dais dan teks
Mungkin imej 2 orang dan teks
Mungkin imej 2 orang, dais dan teks
Mungkin imej 4 orang, meja, dais dan teks
Mungkin imej 2 orang, dais dan teks
Mungkin imej 4 orang, dais dan teks

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut