APMM GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BARANG KAWALAN KE NEGARA JIRAN

KUDAT (4 April): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat berjaya merampas sejumlah barangan kawalan dalam satu serbuan terhadap sebuah bot di sekitar 1.0 batu nautika barat laut Pulau Guhuan, Banggi di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, operasi dilaksanakan pada jam 3 pagi selepas mengesan pergerakan bot mencurigakan yang bergerak ke kawasan perairan sempadan Filipina.

“Bertindak dengan maklumat risikan, bot ronda Zon Maritim Kudat yang sedang melaksanakan rondaan Op Tiris serta Op Khas Pagar Laut segera bergerak ke lokasi kejadian sebelum mengesan bot berkenaan.

“Ketika cuba merapat untuk pemeriksaan, bot berkenaan cuba meloloskan diri dan enggan memberi kerjasama terhadap arahan diberikan pihak APMM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, bot suspek kemudian berjaya dihentikan dan hasil pemeriksaan mendapati bot dikendalikan tiga individu termasuk seorang warga tempatan dan dua orang warga Filipina berusia lingkungan 20 hingga 51 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 120 guni dengan 50 kilogram bagi setiap guni beras bersubsidi, 200 guni masing-masing 25 kilogram setiap guni baja Uria, 209 kotak tepung gandum, 15 guni gula dengan 24 kilogram setiap guni dan 25 unit tong gas bagi 14 kg setiap tong.

“Semua suspek bersama bot dan barang rampasan bernilai lebih RM180 ribu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan membawa keluar barang kawalan ke negara jiran tanpa permit sah dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga sabah 2002 kerana salah guna syarat lesen.

“APMM memandang serius aktiviti penyeludupan khususnya barang kawalan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini dan pihaknya tidak akan berkrompomi terhadap mana-mana kegiatan jenayah di laut dan harus diambil tindakan undang-undang yang tegas.

“Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut