7.5 TAN LAMBAKAN SAMPAH YANG HANYUT BERJAYA DIKUTIP

KOTA KINABALU (4 April): Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mengumpul sebanyak 7.5 tan lambakan sampah yang hanyut di perairan sekitar pusat bandar raya menerusi satu aktiviti pembersihan yang dilaksanakan sepanjang Mac lalu.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, lambakan sampah itu dipercayai berpunca daripada tiupan angin yang menyebabkan sampah hanyut ke arah perairan bandar raya. Antara kawasan terlibat adalah di kawasan jeti Jesselton Point dan Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini.

“Bertindak ke atas kejadian itu, DBKK melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) dengan segera melaksanakan kerja pembersihan menggunakan bot dan pengaut sampah di kedua-dua lokasi terjejas.

“Sejumlah 7.5 tan kutipan sampah telah direkod dalam beberapa siri kerja pembersihan yang dilaksanakan oleh DBKK pada Mac 2024, terutama di kawasan jeti Jesselton Point,” katanya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata, berdasarkan pemerhatian dan pemantauan pihaknya, pencemaran sampah laut, sungai atau yang terdampar di pesisiran pantai sekitar bandar raya ini kebanyakannya berpunca dari perkampungan atau tepi sungai.

Jelasnya, sebagai langkah jangka pendek, DBKK akan memasang perangkap sampah di kawasan perkampungan atas air yang kritikal seperti di sekitar Kampung Numbak dan setinggan Saga.

Katanya, DBKK juga akan mengenal pasti bot pembersihan yang sesuai dalam menjalankan operasi pembersihan sampah di kawasan perairan.

“Kerja pemantauan dan pembersihan laut turut diteruskan di kawasan tepi sungai dan pantai di Kota Kinabalu oleh Unit Pembersihan Laut dan Sungai di bawah Jabatan

Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK dengan kerjasama syarikat konsesi yang dilantik.

“Tumpuan pembersihan termasuk di muara sungai Sembulan, pesisiran Anjung Senja, perangkap sampah berhadapan pusat beli-belah IMAGO, jeti Taman-Taman Sabah, Teluk Likas dan lain-lain.

“Kerja-kerja pembersihan ini dilaksanakan mengikut jadual pembersihan yang ditetapkan. DBKK menasihatkan kepada masyarakat awam agar tidak sesuka hati membuang sampah ke sungai, laut dan pantai sehingga menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

“Isu pencemaran laut, sungai dan pantai adalah isu yang semakin kritikal dan wajib ditangani secara bersepadu dengan kerjasama agensi bertindak, termasuk kerjasama dan kesedaran tinggi daripada masyarakat awam,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut