14 RUMAH DILANDA BANJIR KILAT DI CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands: Empat belas buah rumah terjejas akibat berlaku limpahan air dari Sungai Kampung Raja dan berlaku banjir kilat di Kampung Gerak Sepadu, Taman Desa Corina di sini, pagi hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Amir Nuddin Mat berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands menerima panggilan kecemasan pada 1.18 pagi.

“Sebanyak 14 buah rumah terbabit dan keadaan banjir sudah surut sepenuhnya ketika pihak bomba dan jentera tiba di lokasi.

“Kesemua mangsa selamat dan kerja-kerja membersihkan sisa-sisa banjir sudah dilakukan oleh penduduk di situ dan tiada operasi pemindahan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, limpahan air dari sungai itu menyebabkan paras air dianggarkan setinggi kira-kira 1.5 meter di lokasi.

“Seramai 10 anggota BBP Cameron Highlands sudah melakukan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tidak ada lagi kecemasan lain,” katanya.

SUMBER: HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …