PAITAN, SOOK AKAN DINAIKTARAF JADI DAERAH PENUH

HAJIJI (ketiga, kanan) diiringi James (kedua, kiri) melakukan gimik pelancaran Skim Perlindungan Takaful, sambil diperhatikan Arifin (kedua, kanan), Masiung (kanan) dan yang lain pada majlis itu.

PAITAN (30 Mac): Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan menaik taraf Daerah Kecil Paitan dan Sook kepada status daerah penuh, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.Katanya, cadangan tersebut telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini.

“Kedua-dua daerah kecil ini akan dapat beroperasi sebagai daerah penuh dalam masa terdekat ini setelah beberapa perkara teknikal, khususnya yang melibatkan urusan pentadbiran, persempadanan daerah dan lain-lain dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Dengan penaiktarafan itu, kita berharap perkhidmatan kerajaan kepada rakyat di kedua-dua kawasan itu dapat ditingkatkan selaras dengan status daerah penuh.

“Kita telah memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak berkenaan agar mengambil langkah perlu untuk mempercepatkan proses naik taraf tersebut,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri dan Pejabat Daerah Kecil Paitan, di Dewan Terbuka Paitan, di sini pada Sabtu.

Terdahulu dalam ucapannya, Hajiji berkata rakyat Paitan sangat beruntung kerana mempunyai wakil rakyat (Datuk James Ratib) yang amat prihatin terhadap kesukaran dan penderitaan yang dialami rakyat, termasuk terus berusaha agar Paitan dapat dinaik taraf kepada daerah penuh.

“Saya percaya dengan menaik taraf daerah ini nanti, ia akan merubah landskap pembangunan dan memberi kesejahteraan sebenar kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, walaupun Paitan agak jauh dari Kota Kinabalu, namun kerajaan tidak pernah mengabaikannya. Pada majlis sama, Hajiji turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk membina sebuah Dewan Serbaguna di Paitan bagi memenuhi keperluan rakyat di daerah ini.

“Banyak lagi projek yang akan dilaksanakan di Paitan, antaranya jalan persekutuan dari Kanibongan ke Pitas. Saya akan tulis surat kepada Menteri Kerja Raya Persekutuan, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi supaya jalan ini dibaiki, dinaik taraf dan diasfalt.

“Sekarang juga kerajaan sedang melaksanakan Jalan Paitan-Pantai Boring dengan kos RM123 juta,” katanya.

Hajiji berkata, beberapa projek lain juga sudah diluluskan untuk Paitan, termasuk pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) 132 Kilovolt (KV) elektrik dari Bengkoka, Pitas ke Sugut, Paitan.

Turut dilaksanakan ialah projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sugut, Paitan yang membabitkan 11 kampung, manakala satu lagi projek yang akan dilaksanakan ialah Jalan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Tabatu, Paitan sepanjang 5.6 kilometer.

“Inilah perjuangan kita di Sabah, jadi saya minta rakyat kita di Paitan dan Beluran untuk memberi sokongan kuat kepada kerajaan negeri hari ini.”

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut