MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Melaka Bil 1/2024 yang diadakan pada 28 Mac 2024 dan diurusetiakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka.
Mesyuarat ini merupakan platform bagi semua agensi keselamatan dalam Negeri Melaka untuk membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan, kawalan sempadan perairan dan kedaulatan negara serta tindakan yang perlu diambil bagi menangani isu-isu berkenaan.
Turut hadir adalah YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Haji Zainol Samah, Encik Tajul Ariffin bin Muhamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis dan Perisikan Negara Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri serta ketua-ketua jabatan dan agensi keselamatan Negeri Melaka.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut