Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pindaan akta itu dapat memantapkan lagi penguatkuasaan, pencegahan pencemaran dan jenayah alam sekitar daripada terus berlaku dengan peningkatan kadar penalti serta kompaun, selain membolehkan tindakan tegas diambil terhadap penjenayah alam sekitar. Ketegasan melalui peningkatan denda ini adalah sebagai isyarat keseriusan kerajaan dalam membanteras pencemaran dan jenayah alam sekitar di Malaysia.