POLIS NAFI 10 REMAJA MAUT AKIBAT ‘MAGIC MUSHROOM’ DI KUALA SELANGOR

SHAH ALAM, 25 MAC: Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kematian 10 remaja lelaki akibat menghisap rokok elektronik atau vape jenis “magic mushroom” seperti dakwaan yang tular menerusi media sosial pada masa ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata dakwaan tidak berasas itu berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat jika terus disebarkan dengan maklumat yang tidak diketahui kesahihannya.

“Polis dengan tegas menyangkal dakwaan berkenaan dan ia adalah tidak benar.

“Pengguna media sosial diingatkan agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform itu untuk menyebar kandungan tidak sahih sehingga mengakibatkan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli turut menasihati masyarakat supaya bersama-sama memantau serta mengambil berat berkaitan tabiat menghisap rokok elektronik dalam kalangan remaja dan belia supaya tidak terjerumus dalam aktiviti yang membahayakan kesihatan.

Pada Sabtu lepas, tular satu video memaparkan temu bual antara dua individu menerusi akaun TikTok mendakwa kematian seorang remaja lelaki akibat magic mushroom dan kematian itu didakwa yang ke-10 dalam daerah Kuala Selangor.

-BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗟𝗗𝗣)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Seramai (50) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Ops …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut