RUMAH JADI ‘CALLING CENTER’ PELABURAN TAK WUJUD DISERBU

Sebuah rumah yang dijadikan sebagai ‘calling center’ atau pusat panggilan bagi pelaburan tidak wujud terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa pada Rabu. Sindiket Geng Ah Chen yang dipercayai beroperasi sejak bulan lalu menjadikan kawasan perumahan berpagar sebagai markas mereka dan menyasarkan warga China sebagai mangsa.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, hasil maklumat risikan mengenai kegiatan pelaburan haram, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Seremban membuat serbuan di Seremban 2. Hasil serbuan dan pemeriksaan, enam individu terdiri daripada lelaki warga China dalam lingkungan umur 27 hingga 36 tahun ditahan. Semua mereka disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian.

Turut dirampas, 14 telefon bimbit, seunit komputer, satu komputer riba, satu mesin pencetak, satu router wifi, 14 kad prabayar telco, dua buka nota dan 13 set skrip. Hasil siasatan, sindiket ini dikesan beroperasi sejak awal Mac lalu dan menggunakan sebuah rumah berpagar sebagai hostel dan pusat panggilan bagi aktiviti pelaburan dalam talian tidak wujud melalui aplikasi sembang Pinduoduo dan QQ. Ahli sindiket perlu mendapatkan mangsa untuk melabur dalam pelaburan skim emas dan ubat-ubatan yang kononnya benar-benar wujud di China.

Bagi menarik perhatian mangsa, jumlah keuntungan yang tinggi ditawarkan bagi pelaburan yang akan disertai mangsa, namun sindiket memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar pulangan sebelum lesap. Semua suspek direman empat hari sehingga 24 Mac ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan 120(b) Kanun Keseksaan. Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut