PASANGAN PERTAMA KALI BERNIKAH DIGESA MANFAAT BANTUAN RM500

Anak-anak Negeri Sembilan yang pertama kali mendirikan rumah tangga digesa memanfaatkan sumbangan RM500 daripada kerajaan negeri seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2024. Menurut Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ia berikutan sambutan daripada golongan tersebut mengenai sumbangan itu dilihat masih dingin. Sumbangan itu sudah bermula tahun ini namun sedikit pelik apabila beberapa pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen tidak menerima permohonan daripada mereka. Malah beberapa DUN lain juga dimaklumkan tiada permohonan bagi sumbangan disediakan itu.

Mengambil contoh di kawasannya, sejak dari awal tahun sehingga sebelum Ramadan saban minggu menerima jemputan majlis perkahwinan, tetapi semakan mendapati tiada permohonan dibuat. Justeru, pihaknya menggesa pasangan terlibat supaya membuat permohonan sumbangan yang disediakan itu melalui pejabat DUN masing-masing dengan membawa salinan sijil nikah.

Beliau turut memaklumkan bantuan lesen motosikal RM150 turut berdepan situasi sama. Bantuan itu terhad kepada 100 belia di setiap DUN namun ada banyak DUN yang masih tidak menerima permohonan termasuk di DUN Pertang dan Sungai Lui. Mungkin ada dalam kalangan mereka terlepas pandang atau tidak mengetahui bantuan itu disediakan.

Sumber:Β Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut