DUA MAUT, LIMA PARAH, KEMALANGAN DI APIN-APIN KENINGAU

KEMALANGAN: Anggota bomba membantu mangsa yang cedera parah dalam kemalangan terbabit. Gambar ihsan PGO JBPM Negeri Sabah

KENINGAU: Dua maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaaan di Jalan Apin-Apin di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, mangsa yang maut melibatkan seorang lelaki berumur 45 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak lelaki terbabit yang berumur 4 tahun.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 2 hingga 45 tahun.

“Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.22 tengah malam.

“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan dinaiki oleh tujuh sekeluarga dan sebuah kenderaan lagi dinaiki tiga individu.

“Terdapat tujuh mangsa iaitu dua dewasa dan lima kanak-kanak di dalam kenderaan melibatkan mangsa yang maut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, selain mangsa yang maut, lima lagi mangsa dalam kenderaan yang sama mengalami kecederaan parah manakala tiga mangsa dari kenderaan berasingan mengalami kecederaan ringan.

Katanya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut manakala, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)  dan ambulans untuk rawatan selanjutnya.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menjalankan operasi menyelamat dan tamat sepenuhnya pada jam 2.30 pagi.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut