D9 JSJ TAHAN LELAKI MILIKI SENJATA API TIRUAN

LAHAD DATU (21 Mac): Polis menahan seorang lelaki dan merampas 16 laras senjata api tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu, hari ini.

Suspek warga tempatan berusia 27 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu, jam 10.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim berkata, bertindak dengan maklumat, pasukan serbuan menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan sebelum merampas tujuh senjata api tiruan jenis rifel.

“Turut dirampas sembilan pucuk pistol, lima paket peluru, dua unit tong gas gun, dua unit pengecas, dua unit fast loader, 14 unit kelopak sniper, tujuh unit kelopak pistol dan seunit kelopak sniper.

“Suspek dan rampasan kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan IPD Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmi berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku bahawa senjata tiruan adalah miliknya.

“Suspek juga mengaku mengaku senjata terbabit dibeli secara atas talian melalui laman sosial Facebook.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya.

Sementara itu, Azmi mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali menjual, menyimpan atau memiliki sebarang jenis senjata api tiruan kerana ia menyalahi undang-undang.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut