‘TIDAK RAMAI TAHU LEMANG TEPUNG’

Sekali pandang, ia sama seperti lemang diperbuat daripada beras pulut yang menjadi juadah tradisional popular setiap kali sambutan hari raya. Namun ia sebenarnya adalah lemang tepung yang menjadi antara juadah tradisional Negeri Sembilan. Ada juga yang menjadikannya sebagai pemanis mulut sepanjang Ramadan terutamanya ketika berbuka puasa.

Menurut Nafsiah Dagang, 72, proses pembuatannya tidak jauh berbeza dengan lemang beras pulut biasa dan mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk dimasak. Bahan-bahan digunakan tak banyak iaitu tepung gandum, santan dan gula merah. Kalau nak lagi sedap boleh gunakan gula anau. Ia boleh diketahui sudah masak apabila isinya sedikit terkeluar dari bahagian atas buluh.

Bagaimanapun katanya, pembuatan lemang tepung agak renyah kerana perlu memastikan adunan bahan-bahannya tidak berketul sebelum dimasukkan ke dalam buluh. Tambahnya, ia juga tidak boleh diisi terlalu penuh kerana isinya mudah melimpah semasa dibakar dan juga tidak boleh terlalu lembik. Kalau terlalu lembik, susah nak potong dan bagi saya rasanya lagi sedap apabila sudah sejuk. Kalau tak habis makan boleh disimpan dalam peti ais dan apabila mahu makan semula boleh dipanaskan dengan mengukusnya.

Lemang tepung agak sukar diperoleh pada hari ini kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Sungguhpun begitu lemang tepung ini ada peminat yang tersendiri. Rasanya berlemak dan manis disebabkan gula merah dan rupanya seakan-akan kuih kaswi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut