𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—žπ—˜π—¦π—”π—Ÿπ—”π—›π—”π—‘ π—§π—˜π—žπ—‘π—œπ—žπ—”π—Ÿ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan, serta pelbagai kesalahan teknikal.

Sebanyak 10 buah kenderaan barangan telah dikenakan tindakan di bawah seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. Kesalahan lain dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL ) serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran, cermin gelap, ubah suai kenderaan dan lain-lain kesalahan. Penguatkuasaan bermula jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi, sebanyak 177 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan.

Penguatkuasaan ini diadakan bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010. ( Akta 715 )

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut