RUMAH JADI TRANSIT SELUDUP MINYAK MASAK PAKET, GULA DISERBU

PASIR MAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu sebuah rumah di Kampung Jenerih Tujuh di sini dan merampas minyak masak peket serta gula yang cuba diseludup ke negara jiran pada Ahad.

Serbuan jam 4.30 petang turut disertai Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan hasil maklumat risikan mendapati rumah berkenaan dijadikan sebagai transit untuk tujuan penyeludupan.

Sebanyak 2,992 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi telah ditemukan oleh anggota bertugas selepas membuat pemeriksaan di pekarangan rumah berkenaan.

Kesemua barang kawalan itu dijumpai di pekarangan garaj kenderaan terbuka yang dilitupi dengan plastik hitam. Turut ditemui 480kg gula pasir di kawasan rumah berkenaan.

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut