PELITA RAYA TERENGGANU: ‘TRADISI DIWARISI, COMEYNYA PELITA”

Program tahunan iaitu Program Pelitara Raya Terengganu akan diteruskan pada tahun ini dengan menjadikan Taman Tamadun Islam (TTI) sebagai lokasi baharu. Menurut Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ahmad Ridzwan Abdul Rahman berkata, program kali ini dijangka lebih meriah dengan menyasarkan kehadiran 40,000 pengunjung.

Tambahan lagi, kerajaan negeri kerjasama rakan strategik TTI, Pejabat Daerah, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan negeri telah memutuskan untuk diadakan bermula 8 Ramadan sehingga 12 Ramadan.

Selain itu, program kali ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, iaitu diawalkan dan bertukar lokasi ke Tasik Pahlawan, TTI. Ini adalah sebagai langkah menghormati hari-hari terakhir Ramadan dan malam Lailatul Qadar selain menerima mendengar pandangan orang ramai supaya program ini diawalkan.

Tourism Terengganu (TT) sentiasa cuba mencari atau mengadakan kelainan pada setiap acara dianjurkan. Oleh itu, program kali ini melibatkan 11 penyertaan membabitkan lapan Pejabat Daerah, Tourism Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Program Pelita Raya ini akan dijenamakan sebagai PELITER@TTI bertemakan “Tradisi Diwarisi, Comeynya Pelita”. Pelbagai tarikan akan sediakan iaitu menonjolkan kepelbagaian jenis-jenis pengcahayaan pelita yang akan dipasang secara kreatif mengikut kesesuaian tradis, budaya dan seni warisan di setiap daerah yang akan dipamerkan sebagai bahan pameran dan barangan jualan sepanjang program berlangsung.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut