KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 2023 PADA 26 MAC 2024

PUTRAJAYA, 19 MAC: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac 2024 (Selasa), menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan 4,058 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lalu di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Menurut KPM, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula 10 pagi pada 26 Mac hingga 6 petang, 1 April.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan dari 10 pagi 26 Mac hingga 6 petang 1 April, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut