OPS BADIL MBMB ‘BEDIL’ BAZAR RAMADAN KOTOR

AYER KEROH 17 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menggerakkan Operasi Bazar Aidilfitri/Ramadan (Ops BADIL) bagi memastikan kebersihan di setiap tapak penganjuran bazar berada dalam keadaan memuaskan. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, Ops BADIL yang bermula pada 15 Mac itu akan digerakkan setiap hari di kesemua tapak Bazar Aidilfitri dan Bazar Ramadan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Jelasnya, di bawah pentadbiran MBMB terdapat 23 Bazar Ramadan dan lima Bazar Aidilfitri yang mana Ops BADIL akan dilakukan pada jam 12 tengah malam dan 8 pagi setiap hari. “Ops ini digerakkan bagi memastikan setiap tapak penganjuran berada dalam keadaan bersih dan pihak penganjur perlu memainkan peranan dengan memastikan kerja pembersihan dijalankan setiap hari iaitu sebelum jam 12 tengah malam dan 8 pagi. Ini kerana kita dapati ada di antara penganjur tapak bazar mengambil mudah faktor kebersihan ini apabila membiarkan sampah berlonggok selepas operasi perniagaan.”

“Di pihak MBMB kita tidak mahu kawasan tapak bazar berada dalam keadaan tidak selesa, kotor dan adanya bau kurang menyenangkan sedangkan lokasi ini terdapat jualan makanan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, setakat 15 Mac MBMB telah mengeluarkan dua kompaun dan satu Notis Untuk Tindakan (NUT) kepada penganjur bazar yang kotor.

“Sepatutnya penganjur perlu melupuskan sampah yang terhasil melalui kontraktor yang dilantik. Jadi apabila didapati sebaliknya tindakan kompaun dikeluarkan.

“Setakat ini dua kompaun yang setiap satu bernilai RM500 dan satu NUT di bawah Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan dikeluarkan kepada penganjur,” katanya.

SUMBER: MELAKA HARI INI

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA: PEMBANGUNAN MAMPAN

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …