CUACA PANAS DI TERENGGANU, AWAS DENGAN STROK HABA

Negeri Terengganu dijangka mengalami cuaca panas dan kering berterusan dengan kemuncaknya pada Mei depan. Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria, berkata setakat ini, suhu paling tinggi direkodkan Stesen Pencerapan Automatik ialah di FELDA Tenang, Besut iaitu 35.5 darjah Celsius dan di KETENGAH Bukit Besi, Dungun (34.6 darjah Celcius) pada 6 Mac lalu.

Beliau berkata, rekod berkenaan bukan paling tinggi dalam sejarah namun jika dibandingkan purata suhu bulanan rekod yang dicatatkan pada tahun ini lebih tinggi daripada purata. Mengikut Pertubuhan Meteorologi Sedunia, kesan El Nino ini boleh berterusan sehingga Mei ini dan mempengaruhi corak cuaca termasuk di Terengganu.

Sehubungan itu, rakyat negeri ini diingatkan supaya mengurangkan kegiatan di luar rumah dan bangunan, selain banyak minum air kosong. Orang ramai juga dinasihatkan tidak melakukan sebarang kegiatan yang boleh menyumbang kepada pembakaran terbuka, terutama di kawasan yang mudah terbakar termasuk tanah gambut. Untuk mengelak terdedah risiko mengalami kelesuan haba dan strok haba, orang ramai turut disarankan supaya kurangkan aktiviti yang terdedah terus kepada sinaran matahari, terutama pada suhu tinggi iaitu pada waktu tengah hari dan awal petang. Bersama-sama ini dilampirkan tanda-tanda strok haba yang mungkin boleh menimpa pada sesiapa jua.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut