PELANCONG DIINGATKAN UNTUK SENTIASA PAKAI JAKET KESELAMATAN

Kota Kinabalu (17 Mac): Para pelancong diingatkan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti renang, selaman dan snorkeling.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, memakai jaket keselamatan ketika berada di laut atau persisiran pantai adalah penting bagi mengelakkan sebarang insiden negatif.

“Mengambil langkah keselamatan adalah untuk kebaikan diri sendiri, jangan mengambil risiko walaupun anda mahir berenang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas  kejadian lemas melibatkan seorang pelancong China berusia 51 tahun di sini baru-baru ini.

Christina berkata, kepulauan di sekitar bandaraya ini sangat popular sebagai destinasi pelancongan kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kejadian di pantai Pulau Sapi baru-baru ini adalah insiden sangat menyedihkan, kita tidak boleh membolehkan tragedi seumpamanya berlaku kerana ia mampu menjejaskan imej industri pelancongan kita,” katanya.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim memaklumkan kepada Christina bahawa terdapat 400 pengunjung dan pelancong di pulau berkenaan pada masa insiden berkenaan berlaku.

Taman-taman Sabah adalah agensi di bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Kajian akan dilakukan sama ada terdapat keperluan untuk menambah jumlah penyelamat pantai (lifeguards) di pulau-pulau yang menjadi tumpuan para pelancong tempatan dan luar negara.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber : Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut