DATARAN BATU PUTIH

‘Pemandangan yang tenang, suasana yang menyenangkan.’ Itulah ungkapan  yang paling sesuai menggambarkan keadaan di Kampung Batu Putih, Marang. Kini,destinasi ini telah tular sehingga ke peringkat antarabangsa.

Keindahan dan keunikan destinasi ini telah menjadi tarikan pelancong dan juga rakyat Malaysia serata negeri untuk berkunjung di sini. Terdapat pelbagai tarikan buat para pengunjung seperti belajar menjahit atap nipah, membuat dodol, memancing dan juga melihat sendiri bagaimana air tuak atau nira dihasilkan. Demostrasi cara membuat makanana tradisional turut ditunjukkan di sana.

Di Dataran Batu Putih (DBP), terdapat gerai-gerai jualan dengan dekorasi yang menarik serta kemudahan tempat dudukjuga tersedia buat pengunjung.

ASAL KEWUJUDAN

Kampung Batu Putih pada asalnya hanyalah sebuah kampung tersorok dan sesetengahnya tidak mengetahui kewujudannya. Namun, hasil inisiatif 16 keluarga asal komuniti yang menetap di sini telah merubah pemandangan “hutan” bertukar menjadi tempat yang unik dengan ciri-ciri yang menarik minat orang ramai untuk mengenalinya. Apa yang menarik, Dataran Batu Putih suatu Ketika dahulu Masyarakat setempat pernah menggelarkannya sebagai Kawasan ‘jin bertendang’ ekoran ia ditumbuhi oleh pokok-pokok besar terbiar dan juga semak samun.

Rancangan Tanaman Berkelompok (RTB), tanaman kelapa mataq merupakan aktiviti projek yang dijayakan oleh penduduk dan diawasi oleh Jabatan Pertanian. Sebahagian besar peserta yang menjayakannya telah Berjaya menuai hasil di mana kelapa mataq mereka turut dijadikan air nira (tuak) selain minuman air kelapa muda. Melihat kepada perkembangan itu, akhirnya dicadangkan pula pembukaan lokasi pelancongan komuniti yang dinamakan Dataran Batu Putih. Maka itu, wujudlah beberapa lot gerai tradisional beratapkan daun nipah kepada penduduk menjual produk yang ada di kampung ini. Antara produk yang diketengahkan ialah;

  • manisan kerek (gula melaka),
  • air nira atau tuak
  • ikan celup tepung
  • keropok goreng
  • kopi nisang asli

Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak melihat idea dan pelaksanaan destinasi pelancongan viral kampung ini sebagai satu anjakan paradigma sekaligus mengubah ekonomi penduduknya dan sebagai menyahut cabaran motto “Marang Hebak Tobat Pong”. Lawatan kerja Menteri Besar Terengganu telah diadakan sebanyak dua kali bagi melihat sendiri keadaan dan menambak baik Pembangunan dan kemajuan pelancongan kampung ini.

Jalan sungai melalui Sungai Marang merupakan alternatif  bagi memudahkan orang ramai sampai ke destinasi ini dengan bot-bot yang disediakan dan akan beroperasi setelah menepati syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan.

 

SUMBER : Malaysiaaktif/ RA Othman/Afnan Hakimi Ab Aziz (Marang), Mohd Lazim Endut, Wartawan WartaRakyat

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut