10 TAN MINYAK MASAK DISITA DUA LELAKI DITAHAN DALAM CUBAAN SELEWENG

KOTA BHARU 13 Mac : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menerima serahan kes daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Negeri Kelantan berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 10,175 kilogram minyak masak bersubsidi, disita ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki melakukan penyelewengan barang kawalan dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pemeriksaan lanjut dua lelaki tempatan berusia 34 tahun dan seorang kelindan berusia 31 tahun dikesan membawa muatan kotak-kotak berisi paket-paket minyak masak bersubsidi.
Soal siasat awal saspek mengaku muatan 595 kotak minyak masak tersebut dibawa dari Ipoh, Perak dan akan dihantar ke Kawasan Kg. Bendang Pak Yong. Tumpat serta tiada sebarang dokumen pemilikan dikemukakan berhubung muatan tersebut.
Seterusnya pasukan membuat sitaan 10,175 kilogram minyak masak bersubsidi dan menahan bersama saspek serta sebuah lori kerana disyaki minyak masak tersebut untuk diselewengkan ke negara jiran.
Modus operandi saspek mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi paket dari luar Kelantan seterusnya mengupah lori pengangkutan membawa ke sempadan dan diselewengkan ke negara jiran.
Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan Rm 25,437.50 dan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Seterusnya kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi pertuduhan di Mahkamah selanjutnya.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM 2 juta bagi perbadanan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut