HARGAI UBAT-UBATAN YANG DIBEKALKAN OLEH KERAJAAN

Tahukah anda harga ubat-ubatan dan produk farmaseutikal di negara ini dijangka meningkat antara lima hingga 10 peratus tidak lama lagi?  Biasanya harga akan meningkat sebanyak dua kali pada setiap tahun dan ubat bagi penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes cenderung lebih sensitif terhadap ketidakstabilan perubahan harga berbanding ubat demam, selesema atau sengal badan.

Malaysia sebuah negara yang sangat menjaga kebajikan rakyat dan ini termasuk menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik. Perbelanjaan penyediaan ubat-ubatan untuk pesakit juga dimasukkan bersama dalam bajet tahunan kementerian dan jumlahnya agak besar. Namun sayangnya, ramai rakyat Malaysia yang tidak menghargai kemudahan disediakan kerajaan ini dan memilih untuk membazirkan ubatan bernilai puluhan juta ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk mereka setiap tahun.

Antara punca pembaziran adalah kegagalan pesakit mematuhi arahan pengambilan, sengaja menukar jenis ubat, berhenti mengambil ubat dan mendapat ubatan daripada klinik lain, sehingga menyebabkan lambakan bekalan ubat di rumah. Kaji Selidik Kebangsaan Mengenai Penggunaan Ubat-Ubatan (NSUM) oleh pengguna Malaysia 2015 terhadap 3,081 responden, mendapati 73 peratus responden tidak mematuhi arahan pengambilan ubat sepanjang 2015 dengan 33 peratus responden berkongsi ubat dengan pihak lain.

Peratusan ini dianggap membimbangkan jika dihitung jumlah keseluruhan ubat yang dibekalkan Kementerian Kesihatan, berjumlah RM2 bilion kepada seluruh farmasi di seluruh negara setiap tahun.

Di Malaysia, ubat-ubatan dibekalkan secara percuma kepada pesakit di mana mereka hanya perlu membayar RM1 untuk rawatan pesakit luar di klinik-klinik kerajaan atau hospital kerajaan. Dianggarkan nilai ubat yang dibekalkan bagi penyakit akut atau ringan adalah antara RM5 hingga RM40 seminggu. Bagi rawatan klinik pakar atau penyakit kronik, pesakit hanya perlu membayar RM5 dengan kos ubat-ubatan mencecah RM400 sebulan bergantung kepada tahap rawatan dan jenis ubat yang dibekalkan.

Rakyat perlu dididik untuk menghargai ubat-ubatan yang dibekalkan dan pesakit yang mempunyai simpanan bekalan ubat dari klinik mahupun hospital kerajaan tetapi tidak digunakan disaran agar memulangkan semula kepada fasiliti kesihatan berdekatan supaya dapat dilupuskan dengan cara betul. Kaedah pelupusan ubat-ubatan secara tidak tepat boleh mengundang kepada pencemaran alam sekitar termasuk sumber air untuk jangka masa panjang.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Kimia yang juga ahli penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR) Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Nurfaizah Abu Tahrim berkata walaupun sisa bahan farmaseutikal ini bukanlah satu-satunya penyebab kepada pencemaran alam sekitar, namun ia tidak boleh dipandang remeh.

Sumber : Sinar Harian, Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut