45 RUMAH ATAS AIR MUSNAH DIJILAT API

TAWAU (6 Mac): Kira-kira 45 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Jalan Tanjung Batu Laut Logpond, Kg Tanjung Batu di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang tadi mengenai kebakaran itu.

Katanya, pasukan bomba dari BBP Tawau dan Bomba Komuniti Kampung Titingan bergegas ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan lebih kurang 45 buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Anggaran keluasan kebakaran 9000 meter persegi. Operasi pemadaman dilakukan menggunakan air dari jentera bomba, air pili dan sumber air terbuka (air laut).

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 4.31 petang dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …