DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memandang serius dan mengambil tindakan tegas dalam membasmi aktiviti perniagaan sewaan kenderaan mikromobiliti e-skuter tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh pentadbiran ini.
Dalam Operasi Khas, dua (2) buah premis telah diserbu secara serentak dan sebanyak 32 buah e-skuter telah dirampas di premis pertama dan seorang pekerja perniagaan ini yang dipercayai warga asing telah melarikan diri sejurus melihat ketibaan pasukan Operasi Khas.
Manakala 12 buah lagi e- skuter telah dirampas di premis kedua yang berhampiran lokasi pertama rampasan. Kedua-dua premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah dari MBPP dan kesemua kenderaan mikromobiliti tersebut serta dokumen pembuktian telah dirampas oleh Jabatan Pelesenan bagi tindakan selanjutnya.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang