DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan pelbagai kesalahan di Jalan Arowana, Seberang Jaya sempena. Penguatkuasaan ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ), Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan ( C&U ) 1959.
Pelbagai kesalahan dikesan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran serta kesalahan teknikal seperti cermin gelap, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, dan ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran. Sebanyak 410 kenderaan diperiksa dan 92 Kenderaan diambil tindakan dengan jumlah notis dikeluarkan sebanyak 162 notis.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang