𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 𝗙𝗒π—₯π—˜π—¦π—§ π—•π—”π—§π—›π—œπ—‘π—š

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Seberang Perai telah menganjurkan Program Forest Bathing Siri 1 Tahun 2024 dan Penanaman Pokok Bakau Sempena Sambutan Hari Tanah Lembap (World Wetland Day) Tahun 2024 di Denai @ Kampung Sungai Chenaam, Nibong Tebal.

Program β€œForest Bathing” merupakan aktiviti yang tidak memerlukan tenaga yang banyak dan tidak menggunakan wang ringgit tetapi dapat menyihatkan tubuh badan. Selain itu juga, aktiviti β€œForest Bathing” ini boleh dilaksanakan bersama keluarga sekaligus dapat mengeratkan silaturahimsesama keluarga. Program ini dianjurkan secara percuma yang meliputi ketiga-tiga daerah dan terbuka kepada seluruh penduduk Seberang Perai.

Selain itu, sempena Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, MBSP turut mengadakan aktiviti penanaman 500 pokok Bakau Minyak (Rhizophoraapiculata) di kawasan bakau di tebing Sungai Chenaam.

Sumber :Β https://www.facebook.com/mbsp.pg

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut