TIDAK SEMPAT NIAGA DAGING, WARGA BANGLADESH ANTARA 13 DITAHAN

Seorang lelaki warga Bangladesh yang baru berniaga daging lembu di sebuah pasar malam di Taman Semarak di sini antara 13 warga asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Warga Asing pada petang Selasa. Kesemua mereka ditahan selepas didapati melanggar syarat pas ditetapkan ketika pemeriksaan dijalankan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula kira-kira jam 5 petang.

Menurut Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad, pihaknya melakukan pemeriksaan di premis perniagaan di Taman Desa Ria, Nilai 3 dan tapak pasar malam Taman Semarak. Pemeriksaan di Taman Desa Ria, kami mengesan tiga premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan sebuah premis melanggar syarat lesen iaitu tiada kehadiran 30 peratus warga tempatan di premis terbabit.

Hasil pemeriksaan itu pihanknya telah mengeluarkan enam kompaun terhadap premis terbabit dan turut mengeluarkan tiga notis sita manakala pihak JIM menahan enam lelaki warga Bangladesh. Pihaknya turut menyita sebuah gerai daging lembu yang dikendalikan warga asing selain turut mengeluarkan 22 kompaun terhadap peniaga lain yang dikesan berniaga tanpa lesen selain mengesan beberapa pemilik gerai warga tempatan yang menggajikan warga asing. Mereka dikompaun mengikut Seksyen UUK 6(3) Undang-Undang Kecil Penjaja MBS.

Bagi pihak JIM pula, mereka menahan empat lagi lelaki warga Bangladesh termasuk peniaga daging berkenaan kerana didapati melanggar syarat pas ditetapkan. Pihak JKM menahan seorang wanita warga Syria bersama dua anaknya yang berusia bawah 10 tahun kerana mengemis. Secara keseluruhan 13 warga asing ditahan berusia antara 10 hingga 40 tahun.

Mengulas mengenai kegiatan mengemis dalam kalangan warga asing di daerah itu, beliau berkata, setakat ini situasi masih terkawal dan pengemis berkenaan sebenar datang dari negeri jiran.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut

LARANGAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM DIKUAT KUASA DI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan minum minuman keras di tempat awam berserta kompaun serta-merta, dengan denda hingga RM2,000 bagi individu yang …
Maklumat Lanjut

SESI LIBAT URUS DAN KAJIAN SEMULA DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

Pada 26 Jun 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Damai Event Hall, Seremban, telah berlangsung Sesi Libat Urus & Kajian Semula …
Maklumat Lanjut