PEMANDU KENDERAAN TERKEJUT HARIMAU KUMBANG MELINTAS JALAN

Tular di media sosial rakaman papan pemuka kereta memaparkan seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang dekat Kampung Tengah Ulu, Seri Menanti di sini sejak Isnin.Kejadian itu dipercayai berlaku pada 22 Februari lalu di hujung kampung berdekatan kebun getah milik penduduk. Bagaimanapun pemilik rakaman berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada penduduk di situ ataupun sebaliknya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tengah Ulu, Dahlan Alias, sebelum rakaman itu tular, lima ekor ternakan kambing penduduk mati disyaki dibaham harimau pada 16 Februari lepas. Beliau telah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenainya susulan kemunculan harimau ini bukan perkara baharu kerana binatang itu pernah masuk perangkap dalam kejadian beberapa tahun lalu.

Beliau berharap penduduk kampung sentiasa berhati-hati selain tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya terus melaporkan kepada JPKK atau Perhilitan supaya ada tindakan susulan. Kebiasaannya, harimau kumbang berkenaan muncul di kawasan hujung kampung yang berhampiran dengan kebun, kawasan semak atau hutan. Sebelum itu tular video berdurasi 50 saat memaparkan sebuah kereta tiba-tiba berhenti apabila seekor harimau kumbang melintas.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut