64 PENDATANG TANPA IZIN DIPENJARA, SEBATAN

KOTA KINABALU (27 Februari): Seramai 64 warga asing termasuk 60 orang yang mengaku memasuki negeri ini secara haram didakwa di Mahkamah Khas Imigresen kerana melakukan kesalahan imigresen.

Warga asing terlibat, yang tampil di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Dana Arabi Wazani, yang duduk sebagai hakim Mahkamah Sesyen, ketika mendengar kes-kes ini di Pusat Tahanan Sementara Imigresen di Manggatal, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka masing-masing.

Lima puluh lapan daripada mereka terdiri daripada warga Filipina dan Indonesia didakwa tinggal di negeri ini secara haram seperti yang termaktub di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Tiga puluh lapan daripada mereka dipenjara tiga bulan dan dikenakan satu kali sebatan bagi pesalah lelaki, manakala 20 lagi dihukum penjara empat bulan, masing-masing.

Dua lagi warga Filipina mengaku atas dua pertuduhan memasuki negeri ini secara haram dan kembali semula secara haram selepas diusir pulang.

Kedua-duanya dipenjara enam bulan dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama kerana memasuki negeri secara haram dan dipenjara lagi enam bulan dan dikenakan dua sebatan kerana tinggal di negeri ini secara haram selepas diusir pulang.

Pertuduhan kedua mengikut Seksyen 36 Akta Imigresen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam kali sebatan rotan.

Semua 60 orang itu, yang ditahan antara 11 Jan dan 6 Feb tahun ini, diperintah menjalani hukuman penjara masing-masing bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Sementara itu, tiga rakyat Pakistan dan seorang warga Indonesia mengaku tinggal melebihi tempoh di negeri ini.

Dua rakyat Pakistan itu didenda RM10,000 atau tiga bulan penjara manakala dua lagi dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dari tarikh mereka ditangkap.

Keempat-empat itu didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Chin Tze Mee dari Jabatan Imigresen melakukan pendakwaan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut