MARITIM MALAYSIA RAMPAS 510 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI

SANDAKAN (26 Februari): Sebuah bot yang berdaftar atas lesen kargo ditemui terdampar di pesisir pantai Pulau Berhala Sandakan di sini dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10.20 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, bot yang ditemui tanpa pemilik itu dipercayai dibiarkan selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa melakukan rondaan di sekitarnya.

β€œHasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa muatan 30 kotak besar berisi 510 paket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram setiap satu dan disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran.

β€œAnggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk minyak masak bersubsidi, bot dan enjin sangkut adalah sekitar RM11,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan pemilik bot, dalang serta pelaku di sebalik kegiatan penyeludupan ini. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Β 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

𝗒𝗣𝗦 π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut