KAWAL MARAH
Manusia tidak dapat lari daripada sifat marah kerana ianya merupakan salah satu emosi yang ada pada manusia. Kita haruslah mengawal kemarahan kita agar sifat tersebut tidak menjadi punca kepada masalah ataupun pergaduhan. Jadilah orang yang bersabar kerana ganjaran sabar itu sangat besar.
Cara-cara mengawal kemarahan:
- Marah juga dapat dikawal dengan sentiasa mempraktikkan sifat sabar dalam menghadapi sesuatu perkara.
- Menahan kemarahan dengan mengalihkannya kepada perkara lain seperti tidak memikirkan perkara berkaitan dan sentiasa berfikir positif terhadap hal lain.
- Meluahkan perasaan marah secara wajar (tegas, yakin dan terkawal).