Penganjuran ‘World Wetlands Day’ membawa rakyat merasai sendiri keajaiban alam semulajadi yang memainkan peranan besar terhadap kehidupan manusia. Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata penganjuran tersebut bertujuan mendalami bagaimana kawasan tanah bencah sangat penting dalam menjaga kesejahteraan hidup.
Keluasan kawasan Setiu Wetlands yang berjumlah 23,000 hektar didiami oleh pelbagai lapisan komuniti.
Dengan kekayaan alamnya yang luar biasa, menjadi saksi bisu bagaimana ekosistem sedia ada memberikan manfaat luar biasa bagi kehidupan sehari-hari. Kawasan tanah bencah bukanlah hanya sekadar pemandangan indah, tetapi juga ia merupakan satu sumber kehidupan yang mana menjadi sokongan utama dalam memastikan bekalan air bersih.