LEBIH 94,000 PENGUNJUNG REBUT PELUANG KEMASUKAN PERCUMA DI 10 LOKASI PELANCONGAN

BANDA HILIR – Zoo Melaka menjadi lokasi pilihan utama pengunjung dan pelancong daripada 10 destinasi yang menawarkan kemasukan percuma sempena cuti umum sambutan Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-68 hari ini.

Setakat jam 5 petang tadi Zoo Melaka merekodkan seramai 30,510 pelawat, diikuti 12 buah muzium kendalian Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan 28,342 pengunjung.

Muzium Penjara Malaysia turut menjadi tumpuan dengan merekodkan 11,371 pengunjung selepas dibuka bermula jam 9 pagi.

Sementara itu Melaka River Cruise (MRC) merekodkan seramai 8,936 orang penumpang dengan 212 trip perjalanan bot dari tiga jeti iaitu Taman Rempah, Pengkalan Rama dan Quayside.

Tarikan pelancongan terbaharu Melaka Heritage Studios pula merekodkan 6,000 pengunjung, Menara Taming Sari seramai 4,289 pelawat, manakala Balai Cerap Al-Khawarizmi seramai 3,500 orang.

Taman Laut Melaka pula merekodkan seramai 1,550 pengunjung dan empat kelab golf sekitar negeri ini mencatatkan 809 kemasukan pemain golf, hari ini.

Manakala, Melaka Wonderland Theme Park masih membuka operasinya sehingga malam ini.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

DBKK KELUARKAN DUA KOMPAUN LIBATKAN PREMIS HIBURAN

PERIKSA: Anggota dari Jabatan Pelesenan DBKK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi itu. Gambar ihsan DBKK KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut