BANJIR KILAT DI KUNAK, 26 PENDUDUK DIPINDAHKAN KE PPS

Salah sebuah rumah penduduk di Kampung Airport Kunak, yang dinaiki air akibat banjir kilat awal pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba

 

Kunak: Seramai 26 penduduk daripada lima keluarga dari Kampung Airport dekat sini, yang terjejas akibat banjir kilat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.20 pagi.

Menurutnya, seramai enam pegawai dan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, didapati lima rumah sudah dinaiki air sebelum operasi memindahkan mangsa segera dilakukan menggunakan bot bomba dan bot agensi lain serta orang kampung.

“Terdapat 26 orang mangsa termasuk seorang lelaki dewasa orang kurang upaya (OKU) serta tujuh kanak-kanak dan seorang bayi dipindahkan ke PPS Kampung Airport Kunak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kesemua mangsa terbabit selamat dipindahkan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi pemindahan tamat pada 6.55 pagi.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kunak dalam kenyataan pada semalam memaklumkan hujan lebat berterusan di hulu Sungai Kalumpang pada awal pagi menyebabkan air sungai itu melimpah

hingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan berdekatan termasuk Kampung Airport, Batu 10 Tun Fuad.

Menurut kenyataan itu juga, beberapa anggota JBPD ditugaskan untuk memantau keadaan bersama aset yang siap saga untuk digerakkan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Harian Metro Sabah  

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut