DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Ketua Polis Daerah Timur Laut YDH ACP Razlam bin Ab Hamid telah membuat kunjungan hormat ke atas Dato’ Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan sebagai suai kenal selain membincangkan beberapa permasalahan khususnya aliran trafik dalam kawasan daerah Timur Laut serta turut merancang mengadakan kerjasama dalam setiap operasi yang dijalankan melibatkan dari jabatan-jabatan lain.
Sumber : IPD Timur Laut, Pulau Pinang