SHAHELMEY ARAH JKR DAERAH, KONSESI TERLIBAT PASTIKAN KEADAAN JALAN RAYA SELAMAT DILALUI PENGGUNA

PUTATAN (18 Februari): Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya mengarahkan semua JKR daerah dan juga konsesi terlibat sentiasa memastikan keadaan jalan raya selamat dilalui oleh pengguna sementara kerja-kerja menaik taraf jalan dilakukan pada masa ini.

Shahelmey berkata, baru-baru ini satu mesyuarat telah diadakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan semua konsesi terlibat untuk mengenal pasti masalah-masalah teknikal yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf jalan.

“Baru-baru ini saya telah mengadakan mesyuarat dengan JKR dan juga semua konsesi yang terlibat dan cuba memahami masalah teknikal, sama ada masalah pengurusan ataupun kewangan yang terlibat, sebenarnya masalah teknikal yang dihadapi seperti jalan sudah lebih uzur rekabentuknya.

“Kedua bebanan yang diikenakan kepada jalan melebihi khususnya jalan-jalan daripada Telupid hingga ke Tawau yang mana kiri kanan jalan ada aktiviti perladangan kelapa sawit, ada bebanan lebih muatan ke atas jalan raya yang sudah uzur jadi ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang basah jadi ini sudah tentu mempercepatkan kerosakan struktur dan permukaan jalan.

“Justeru, sementara menanti jalan dinaik taraf ada bahagian jalan yang kita perlu perbaiki strukturnya saya minta semua JKR daerah dan juga konsesi untuk memastikan keadaan jalan selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.

“Jadi mereka mengambil maklum, kita berharap ada perubahan dan peningkatan tahap keselamatan jalan raya daripada masa-masa seterusnya selepas ini,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Putatan di Masjid Daerah Putatan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Shahelmey juga turut mencadangkan kepada agensi berkaitan supaya mengenakan penguatkuasaan tegas ke atas pengguna kenderaan berat yang lebih muatan melalui jalan yang telah dinaik taraf.

Terdahulu, Shahelmey menyempurnakan perasmian Majlis Berkhatan yang menyaksikan seramai 250 kanak-kanak kawasan Parlimen Putatan menyertainya.

Program berkhatan ini diadakan serentak di empat lokasi kawasan Parlimen iaitu Masjid Daerah Putatan, Masjid Serigai, Masjid Meruntum dan Masjid Al-Hilal Kampung Contoh.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan ibubapa yang turut menjayakan program berkhatan ini.

“Program anjuran Pejabat Parlimen, Pejabat ADUN Tanjung Keramat dan jabatan-jabatan berkaitan kawasan Putatan adalah untuk membantu meringankan kos berkhatan yang pada masa sekarang ini jika dilakukan di klinik-klinik swasta akan mencecah RM150 hingga RM250.

“Justeru, saya berharap, program ini akan dapat membantu meringankan beban keluarga yang mempunyai anak lelaki lebih dari seorang,” kata Shahelmey.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH MEDIA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut