PULAU MELAKA PUSAT PERKEMBANGAN EKONOMI BELIA

Pulau Melaka digambarkan akan menjadi pusat perkembangan aktiviti ekonomi dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia negeri ini yang berminat dengan bidang perniagaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, berikutan itu belia diminta memanfaatkan peluang sewaan lot kedai pada kadar yang amat berpatutan ditawarkan Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) selaku pengendali pusat komersial itu.

“Saya minta pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri untuk uruskan perkara ini bersama pengurus besar CMI. Kita ada 617 unit lot kedai yang ditawarkan kepada belia untuk menjalankan apa sahaja aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

“Belia boleh menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan seperti ‘home stay’ (inap desa) dan pusat tuisyen. Tawaran ini hanya untuk belia Melaka sahaja, tidak ada di tempat lain kecuali Melaka,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-40 (MPAT-40) Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang juga Presiden MGBM yang baharu, mantan Presiden MGBM Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali serta Pengarah JBS Melaka, Khairul Adri Rosli.

SUMBER: MELAKA HARI INI

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut