KONGSI RAYA PERKUKUH PERPADUAN KAUM

KOTA LAKSAMANA 19 Februari – Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka di Jonker Walk, pada 22 Februari ini bukan sekadar untuk meraikan masyarakat Tionghua sebaliknya menjadi medan bagi mengukuhkan lagi perpaduan kaum.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, berikutan itu semua rakyat Melaka tanpa mengira kaum dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan itu yang dijadualkan bermula jam 8 malam.

“Kita dapat memupuk semangat perpaduan dan memperkukuh nilai toleransi apabila pelbagai kaum berkumpul bersama bagi berkongsi kegembiraan. Semua ini tidak asing bagi kita yang saban tahun bersama-sama meraikan sambutan perayaan kaum lain secara bersama.

“Keharmonian ini bukanlah diukur mengikut perbezaan agama dan kepercayaan, malah ia dapat dirasai menerusi satu semangat kebersamaan yang jitu dalam setiap masyarakat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Tahun Baharu Cina MACMA Melaka Bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck, Kampung Tiga, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem; Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun dan Pengerusi MACMA Melaka, Nur Caren Chung.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 mualaf itu turut diserikan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan dan acara menggaul Yee Sang.

Sumber: Melaka Hari Ini

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut