JUMLAH MISKIN TEGAR PAHANG BERKURANGAN 60.8 PERATUS TAHUN LALU

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata jumlah miskin tegar di negeri itu pada tahun lepas berkurangan sebanyak 60 peratus.

Beliau berkata Laporan Kesejahteraan Rakyat Negeri Pahang merekodkan jumlah miskin tegar pada 3 Januari 2023 ialah seramai 4,968 orang dan menurun kepada 1,946 orang pada 31 Disember tahun sama.

“Kejayaan pengurangan ini hasil usaha berterusan kerajaan negeri dalam memberi pelbagai bentuk bantuan, sumbangan dan inisiatif serta projek pembangunan, yang secara langsung membuka peluang pekerjaan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

Wan Rosdy berkata beliau optimis bahawa usaha berterusan dilakukan kerajaan negeri, akan dapat mengurangkan lagi jumlah miskin tegar di Pahang pada masa akan datang.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata hanya 184,822 individu di negeri ini telah mendaftar dan mengemas kini data mereka di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat 15 Februari berbanding 1.09 juta rakyat Pahang berusia 18 tahun ke atas.

Sehubungan itu, Wan Rosdy berharap mereka yang masih belum mendaftar, dapat berbuat demikian sebelum tarikh akhir iaitu pada 31 Mac.

 

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut