4 RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KG WARISAN INANAM

KOTA KINABALU (15 Februari): Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Warisan, Inanam petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 6.22 petang semalam (15 Feb).

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dibantu pasukan BBP Tuaran dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian, mendapati empat buah rumah jenis separuh kekal telah musnah 100 peratus.

β€œOperasi pemadaman api dilakukan dan kebakaran dapat dikawal pada jam 9.08 malam, seterusnya setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.59 pagi tadi.

β€œBagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala agensi lain turut berada dan membantu di lokasi kejadian ialah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Β 

Sumber: SABAH MEDIA

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut