JOM HADIR KE PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TENGAH DI KOMPLEKS SUKAN KUALA SELANGOR PADA 23 HINGGA 25 FEBRUARI 2024

PENGANJURAN PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TENGAH

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari 2024 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Program MADANI Rakyat adalah kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu. Program ini diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Program MADANI Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Program MADANI Rakyat juga merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada Kementerian kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi peringkat negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan. Program seperti ini juga mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, program TVET serta program kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor khususnya. Program ini turut melibatkan kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta. Selain itu, Jualan Agro dan Mega MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset- aset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 25 Februari 2024 dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program MADANI Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari 2024 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut