PESAWAT RINGAN TERHEMPAS DI KAMPUNG TOK MUDA, KLANG

SHAH ALAM, 13 FEB: Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit dekat Kampung Tok Muda Kapar, Klang tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.56 petang dan menggerakkan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar.

Ketua Polis Selangor Dato’ Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Status terkini dan jumlah mangsa terlibat dalam nahas tersebut belum dapat dipastikan.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut