𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π— π—’π—§π—’π—¦π—œπ—žπ—”π—Ÿ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan Ops motosikal sempena Penguatkuasaan Khas Bulan Perayaan, di Plaza Tol Sungai Dua ( arah utara ).Sebanyak 143 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti pamir nombor pendaftaran kenderaan lain, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, pamir nombor pendaftaran tidak ikut specifikasi dibenarkan, tidak pamir pelekat P, tiada cermin sisi dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran. JPJ juga menyita sebanyak 3 buah motosikal. JSPT telah mengeluarkan saman sebanyak 23 notis dan JAS sebanyak 18 notis.

Penunggang dan pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut