PENERBITAN DATA KADAR PERTUKARAN RINGGIT TIDAK TEPAT

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menjelaskan tentang data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat, termasuk kadar USD/MYR, yang diterbitkan oleh Google pada 5 Februari 2024.

Bagi USD/MYR, kadar pertukaran yang tidak tepat iaitu 6.24 telah dicatatkan melalui Google. Walau bagaimanapun, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 dengan 4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan melaluiĀ laman sesawang BNM.

 

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit.

 

Bank Negara Malaysia
6 Februari 2024

 

Sumber: https://www.bnm.gov.my/-/inaccurate-usdmyr-bm

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut