KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI DAERAH BATANG PADANG KE ATAS PENGARAH KESELAMATAN NEGERI PERAK

IPOH, 7 Februari 2024 – Pengarah Keselamatan Negeri Perak, YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Ahmad Redhauddin Bin Ahmad Shokori, Pegawai Daerah Batang Padang.

Satu sesi perbincangan serta perkongsian telah diadakan berhubung aspek keselamatan daerah selain memperkukuhkan jalinan kerjasama antara MKN Negeri Perak dan PDT Batang Padang. Turut serta dari pihak MKN Negeri Perak YBrs. Tuan DSP Wan Shuhaizul bin Wan Daud dan Encik Khairul Amir bin Jamal.

Diharapkan melalui sesi kunjungan hormat ini dapatlah mengeratkan hubungan kerjasama dan kolaborasi antara kedua belah pihak.

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …