12 RUMAH SETINGGAN TERBAKAR DI TELIPOK, SEORANG MANGSA MELECUR DI BAHU

KOTA KINABALU (6 Februari): Seorang mangsa lelaki melecur di bahagian bahu terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan 12 buah rumah setinggan di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian, Telipok dekat sini tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada tengahari tadi (6 Feb) mengenai kejadian kebakaran itu.

 

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Kota Kinabalu dan Tuaran dikerah ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran melibatkan 12 buah rumah setinggan jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang mangsa terlibat mengalami kecederaan melecur di bahagian bahu.

“Mangsa yang cedera berusia 51 tahun itu telah diberi rawatan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd antara agensi keselamatan lain juga turut memberikan bantuan di lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.41 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.53 petang tadi,” katanya.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH MEDIA

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut